SIAPAKAH DAJJAL ??
Asal-Usul Keluarga dajjal
Dajjal adalah seorang manusia dari
keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai
manusia yg ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg
di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga
beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di
kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Nabi Khidhir, para
malaikat dan Iblis yg di tangguhkan kematian sehingga kiamat nanti.
Dajjal; ayahnya seorang yg tinggi
dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung (kebiasaannya orang Yahudi memang
berhidung sebegini). Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak
dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal
keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala
ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman a.s dan
mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya
ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan
kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.
Sifat Badannya
Hadis Huzaifah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta sebelah matanya
iaitu sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan
Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis
Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal
yg disebutkan dalam Hadis Rasulullah S.a.w, diantaranya: Seorang yg
kelihatannya masih muda, berbadan besar dan agak kemerah-merahan, rambutnya
kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali
ada dua:
Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan
seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar
kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah
cacat.
Kedua: Tertulis didahinya tulisan
“Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada
ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua
tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun
sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.
Dan selanjutnya kita dapat
mengetahuinya dari kisah Tamim Ad Dari yang telah bertemu dengan Dajjal itu di
sebuah pulau.
Tempat Tinggalnya Sekarang
Menurut riwayat yg sahih yg
disebutkan dalam kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak
beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg
bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis panjang mengenainya. Daripada Hadis ini
jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg
diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat
“transitnya” itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.
Ada pendapat mengatakan sekarang
Dajjal tinggal di kerajaan iblis dan jin di Segitiga Bermuda dan selalu keluar
dengan menaiki kenderaan piring terbang yang dikenali umum sebagai UFO dan
sentiasa berurusan dengan pemimpin-pemimpin besar dunia. Akhir-akhir ini,
pernah juga kelihatan piring-piring terbang UFO ini muncul di bandar Vatican
(pusat Katolik dunia), Rome, Italy.
Berapa lama ia akan hidup setelah
kemunculannya
Dajjal akan hidup setelah ia
memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun
begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan
sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti
hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu
ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah!
Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan
tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari
berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg
masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa."
Lalu kami bertanya lagi: Wahai
Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami
hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak
cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap
sembahyang..”
Maksud sabda Rasulullah S.a. w, ini
ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut
perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh
jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang
Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu
selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu
Asar, maka wajib kita sembahyang Asar. Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib,
Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn
masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan
sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
Fitnah Dajjal
Dajjal telah diberi peluang oleh
Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya
beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan ada
bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya – Sebelum kedatangan
Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3
tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa
dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak
akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu
Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan,
ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah
dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur
dan stabil pada org yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu
bersukutu dgn Dajjal, mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal
akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org yg tidak percaya dengannya
berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah
s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu
wahai Rasulullah?” Nabi menjawab: “Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil,
bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan
makanan.” HR Ibnu Majjah
2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga
dan Neraka – Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama
syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan
kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah
sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka
dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
Secara analoginya kita lihat
sekarang, syurga dunia seperti maksiat dan hiburan tanpa batasan adalah ibarat
syurga. Dan mereka yang terpengaruh dengannya akan berseronok dan puas dengan
hiburan-hiburan tersebut seperti hidup di dalam syurga. Juga keluarnya bermacam
alat–alat canggih seperti komputer, handphone, mp3 player, video player dan
camam2 lagi. Menunjukkan semua ini ibarat syurga dunia, yang sebenarnya adalah
jalan ke neraka jika kita terlampau leka dan terpesona dengannya.
Dan kehidupan yang tidak bermewah,
tidak berhibur dan berseronok adalah ibarat berada dalam neraka dunia sekarang.
Sehinggakan mereka yang sudah biasa berseronok akan merasa boring dan tidak
puas hati jika tidak dapat berhibur, berseronok dan menikmati kemewahan
duniawi. Sedangkan kehidupan yang seperti neraka dunia itu lah yang boleh
membuka jalan ke syurga iaitu kehidupan yang serba sederhana, qana’ah dan zuhud
dengan dunia.
3. Kepantasan perjalanan dan
Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya – Kepantasan yg dimaksudkan ini
tidak ada pada kenderaan orang dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita
mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh
tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan
beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam”… Kami bertanya: Wahai
Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini? Nabi
menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan
atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” HR Muslim
Dan ada lagi kenderaan yang lebih
pantas dari jet, yang dapat bergerak sepantas cahaya iaitu piring terbang.
Mengikut gambar-gambar yang dapat dirakam oleh NASA dan bukti-bukti dari banyak
pihak, memang mereka dapat bergerak selaju cahaya dan menghilang dengan sekelip
mata.
Namun demikian, Dajjal tetap tidak
dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan
Madinah Al Munawwarah.
4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk
memperkukuhkan kedudukannya – Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu
Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi
anak cucu Adam a.s.
Syaitan-syaitan dari jin dan juga
manusia akan berusaha membantunya, kerana mereka ingin mewujudkan satu
pemerintahan di muka bumi ini. Iaitu pemerintahan sebuah kerajaan yang akan
diperintah oleh Lucifer (IBLIS). Dan gerakan yang mewakili syaitan-syaitan dari
kalangan manusia ini dikenali sebagai gerakan Illuminati yang
pecahan-pecahannya terdiri dari banyak kumpulan seperti Skull and Bones,
Freemasons, Bohemian Grove, The Bilderberg Group, The Trilateral Commission,
The Council on Foreign Relations dan beberapa lagi pertubuhan-pertubuhan
rahsia.
Dajjal Akan Muncul dari Khurasan,
Iran
(tempat asal Dajjal)
Di akhir zaman Dajjal akan muncul
dari Khurasan di Iran. Ketika baru keluar/terlepas dari belenggunya tinggi
Dajjal hanyalah sepuluh dzira’. Pada mulanya tingkah laku Dajjal layaknya
tingkah laku orang-orang saleh, iaitu menyeru kepada kebajikan, hingga kerana
itu banyak orang yang terkagum-kagum kepada akhlaknya.
Tapi lama kelamaan Dajjal pun
mengaku sebagai Nabi. Maka mendengar pengakuan itu orang-orang yang beriman
kepada Allah pun berpaling darinya, sebab kaum yg beriman mengetahui benar
bahawa sesudah Nabi Muhammad saw tak akan pernah lagi Allah mengutus seorang
nabi baru.
Akhirnya, ketika perjalanan Dajjal
sampai ke Khillah, iaitu sebuah jalan yg terletak antara Iraq dan Syam, dia pun
menggembar-gemburkan kiri kanan menyatakan bahawa dirinya adalah tuhan yang
dapat menghidupkan dan mematikan, ditambah lagi dengan menunjukkan kemampuannya
mengadakan kejadian-kejadian yang menyalahi keadaan normal. Sejak itu
orang-orang mu’min semakin menjauh darinya dan menolak mengakui Dajjal sebagai tuhan.
“wa man qaala fid dun-ya yaraahu bi
‘ainihi fa dzaalika zindiiqun thaghaa wa tamarrada”. Siapapun yg mengaku di
dunia ini telah melihat Tuhan dgn matanya, maka dia telah menjadi zindiq,
keluar batas, dan jatuh ke dalam kesesatan.
(Mundzir Nadzir: Fafirruu ila Allah:
hal.29 s/d hal 30). Maktabah Muhammad bin Ahmad bin Nabhaan wa Aulaaduhu.
Surabaya, Indonesia. 1956 M / 1375 H.
Tempat bermulanya fitnah Dajjal
Agaknya menarik perhatian sekali
bahawa menurut Hadits Tamim Dari, Dajjal tinggal di sebuah pulau yang letaknya
di sebelah Barat Syria, sedang tempat munculnya dikatakan oleh Hadits lain,
berada di Timur. Lengkapnya, Hadits itu maksudnya:
“Tidak! Ia (Dajjal) akan muncul
disebelah Timur; tidak, ia akan muncul di sebelah Timur; tidak, ia akan muncul
di sabelah Timur” (Kanzul-’Ummal jilid VII, halaman 2988).
Dan ada satu hadith lain yang
bermaksud;
“Nabi Muhammad SAW menunjuk hampir
dua puluh kali ke arah Timur” (Kanzul-’Ummal, jilid VIl, halaman 2991 ).
Dalam sebuah Hadits yang
diriwayatkan oleh Imam Muslim mengatakan: “Tidak ! Ia akan muncul di Timur”
diikuti dengan kalimat: “Beliau menunjuk dengan tangannya ke arah Timur”. Jadi
jika di suatu Hadits dikatakan bahawa tempat tinggal Dajjal ialah sebuah pulau
di Barat, tetapi di lain Hadits diterangkan bahawa tempat munculnya Dajjal,
atau lebih tepat lagi, tempat munculnya fitnah Dajjal ialah di Timur.
Ini menunjukkan bahawa merajalelanya
Dajjal akan membahayakan bangsa-bangsa di Timur. Adapun kenyataan yang tak
dapat dibantah lagi, bahawa fitnahnya Dajjal tak akan menimpa bangsanya
sendiri, bahkan mereka akan memperolehi keuntungan dari hasil porak-peranda di
Timur. Jadi yang dimaksud munculnya Dajjal di Timur ialah merajalelanya fitnah
Dajjal di negara-negara Timur dengan jalan memperbudakkan penduduknya, baik
secara jasmani mahupun rohani, lahiriyah mahupun batiniyah.
Menurut apa yang diterangkan dalam
Hadits, terang sekali bahawa pada zaman Nabi, Dajjal itu sudah ada, akan tetapi
pada waktu itu tangan dan kakinya dirantai. Inilah gambaran yang sebenarnya
bagi bangsa-bangsa Eropa pada waktu itu. Mereka mengurung diri dalam tanah air
mereka sendiri, lalu pada suatu ketika, mereka mengalir ke seluruh dunia untuk
menakluki dan menjajah negara-negara lain, sehingga mereka benar-benar
menguasai, atau setidak-tidaknya memaksakan pengaruhnya terhadap negara-negara
itu, sehingga gerak-geri negara-negara itu dipimpin dan diawasi oleh
bangsa-bangsa Eropa.
Itulah sebabnya mengapa di dalam
Hadits diterangkan bahawa Dajjal mengaku Tuhan, kerana segala sesuatu di dunia
dikerjakan menurut perintah Dajjal, seakan-akan dialah yang menguasai dan
menentukan nasib bangsa-bangsa lain. Inilah apa pula yang dimaksud oleh Hadits
lain yang menerangkan bahawa Dajjal ialah yang menentukan hidup-matinya
orang-orang. Dengan perkataan lain, Dajjal akan meninggikan dan merendahkan
darjat bangsa-bangsa lain menurut apa yang dianggap sesuai dengan tujuannya.
Dalam Sahih Muslim ada sebuah Hadits
yang bermaksud: “Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak
ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” (Misykat, hal. 472).
Kata-kata seperti itu, terdapat pula
dalam kitab Hadits yang lain. Misalnya, dalam sebuah Hadits, Nabi SAW
diriwayatkan bersabda sbb : “Wahai manusia ! Semenjak Allah menciptakan bani
Adam, tak ada fitnah di muka bumi yang lebih besar dari pada fitnahnya Dajjal”
(Kanzul-’Ummal, jilid VII, halaman 2028).
Hadits-hadits tersebut membuktikan
bahawa fitnahnya Dajjal itu tiada lain ialah merejalelanya Imperialis Eropah
(Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya) sekarang ini dan menangnya agama
Nasrani. Kenyataan menunjukkan bahawa sejarah ummat manusia tak dapat
mempertunjukkan fitnah lain yang besarnya seperti itu.
Memang dalam sejarah pernah terjadi
suatu bangsa menundukkan bangsa lain dan menguasai aspek kehidupan mereka,
tetapi contoh tentang penjajahan yang menyeluruh seperti yang kita saksikan
sekarang ini berupa merajalelanya imperialis dan kebudayaan Eropah di seluruh
dunia, belum pernah terjadi. Daratan dan lautan semuanya dikuasai oleh imperialis
Eropah.
Demikian pula kita tak dapat
menemukan persamaannya tentang cara-cara kaum imperialis Barat memperhambakan
bangsa-bangsa lain di dunia. Yang lebih istimewa lagi ialah bahawa mereka
memiliki segala macam senjata yang dengan senjata itu, orang ramai dapat
tersesat dari jalan benar dan jalan kesucian. Di sebelah sini, mereka
menyesatkan orang ramai melalui sistem pendidikan, dan di sebelah sana, mereka
mencapai tujuan mereka melalui penyiaran agama; kadang-kadang untuk mencapai
tujuan mereka, mereka melumpuhkan jiwa manusia dengan memberikan kepada mereka
kemewahan dan kesenangan jasmani; dan kadang-kadang diberikan kepada mereka
hiburan-hiburan yang dapat melupakan rohani mereka sama sekali.
Sering pula ilmu pengetahuan mereka
digunakan untuk menghancurkan rohani ummat manusia. Pendek kata, di seluruh
sejarah manusia, fitnahnya Dajjal tak ada taranya, dan sabda Nabi SAW bahawa
tak ada fitnah yang lebih besar daripada fitnahnya Dajjal, ini terpenuhi berupa
merajalelanya kaum imperialis Eropah, yang bukan saja membahayakan aspek
kehidupan jasmani, melainkan pula membahayakan aspek kehidupan moral dan
rohani.
Berikut adalah khutbah Rasulullah
S.A.W berkenaan Dajjal
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau
berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya
itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda:
“Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat
selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh
Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang
terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil
datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih
ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin.
Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan
sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
“Dajjal itu akan datang nanti dari
satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat
sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya
terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi
sebelumku kepada umatnya.
“Pada mulanya nanti Dajjal itu
mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku.
Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar
tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan
Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua
mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang
pandai membaca atau buta huruf.
Di antara fitnah Dajjal itu juga dia
membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya
itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan
nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia
membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api
yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
“Di antara tipu dayanya itu juga dia
berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu
yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai
Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang
menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan
suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia,
sesungguhnya dialah Tuhanmu.” di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang,
yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai:
“Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan
kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian
Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang
kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau
adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk
orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di
antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba
hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya
tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu
datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai
Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka
tidak menjadi.
“Dajjal itu datang ke tempat
orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai
Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman
mereka pun menjadi.
“Tidak ada kampung atau daerah di
dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua
kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia
hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika
Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang
seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan
tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan
orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari
pembersihan kota Madinah.